Monday 30 January 2012

diari hari ini 31 januari 2012 selasa

malam tadi aku  tak balik . aku tidur kat pos jaga besout 03. lepas pukul 3 aku tak leh tidor. pastu aku terus pi rumah acad proses ayam. aku buat apa yang acad suruh lepas tu aku balik. aku kena marah dengan abah. abah kata aku tak ikut rutin harian. lepas semua dah selesai aku pi hospital. lega betul kali ni aku dapat pelepasan 2 bulan baru jumpa doktor. bulan depan ambil ubat kat besout tiga. aku balik aku tompang cik sam wali sampai tempat aku parking motor...pagi tadi hujan dah petang ok pulak cuaca macam biasa.

Sunday 29 January 2012

diari hari ini (29 januari 2012)

boleh la tahan cerita semalam . best la jugak. aku rasa seronok sebab cerita aku mahu terbang tu aku dah tau dah..... cuma slot dia tak semua aku faham.yang lawak sangat time cikgu mat tajuddin masuk tandas tu la...punya sekejap watak dia....cikgu zul pun sama tak lama pun.....ada la dalam skrip kisah tu. tu ja la
lama tak tengok cerekarama seronok pulak tengok....anugerah juara lagu dah hampir tiba....bila cakap pasal juara lagu mengingatkan aku kepada kenangan tahun 2003....hari jadi kakak siti....aku  telefon kakak nurul shukor waktu sebelum persembahan lagu balqis rasanya dia tak leh buat persembahan. merasa la aku kacau anugerah juara lagu.....kalau ada sudutan rakaman penuh juara lagu ke17 dulu teringin aku nak tengok....aku la orang penting yang buat penari penari bertempiaran lari bila kakak siti kata tak boleh buat persembahan pada hari jadi dia waktu tu.......aku rasa setakat ni saja untuk hari ni..... aku tengok tak dak sapa pun komen aku punya blog.

Saturday 21 January 2012

diari hari ini (22 januari 2012)

kecewa betul malam tadi. ingat ada la cerita aku mahu terbang tu kat tv. rupa-rupanya tak da. ada yang kata 23hb baru ada. malam tadi ada cerita waris walid.

Thursday 12 January 2012

diari hari ini (13 januari 2012)

tak best langsung kat set penggambaran semalam. entah hapa hapa sangat. kesian tengok budak budak tu. lepas tu aku jadi boring bila asyik asyik pengarah kata balik tempat asal.... pastu one more....cikgu zul bukan main lagi...nak ditemuramah pun nak tanya dulu keluar dalam mana......kalau takat kecik kecik media cetak dia tak nak. ada yang best bergurau gurau semalam. dah anak jadi artis cikgu din kata.kena pindah kl la.senang urusan. kalau duduk kl. macam macam cerita timbul semalam waktu melawak dengan cikgu zul. guru besar pun belakon jugak.....tunggu la tayangan 21 haribulan ni. hari sabtu cerekarama. yang depa kata anak hj saruji tu rupanya aku tau sangat la. kawan aku kelas seni tiga waktu sekolah dulu. dia datang tegur aku.aku tengok tengok yang ni ka orang dia. kenal la. hafiz. seni tiga. pertama kali datang set penggambaran memang rasa pelik jugak.teruk betul diorang belakon.tu pun aku tak tengok dari mula.kalau aku ttengok dari mula lagi la aku cepat jemu. patut la jeman tak mau tengok. bosan sangat kata jeman. yang aku tak leh tahan cikgu zul la.....terus nak cari p.a. macam glamor sangat dah ja. padahal belakon sikit ja. tak pa la.... aku nak pi lepak kat pos ni....aku punya sakit pinggang tak ilang lagi .kesan dari menebas semalam..... bangun pagi terus sakit sakit badan..ok la jumpa lain kali..................

Wednesday 11 January 2012

diari hari ini (12 jan 2012)

hari ni ada sesuatu yang luar pada biasa. hari ni ada penggambaran drama kat sekolah besout 03. aku datang kat pos judin dan jeman kata dah belakon. dah abis dah. pas tu aku pi isi minyak. Pi anak Ramli ajak pi kebun menebas anak kayu. Pi baiki tayar depan pecah. aku pi kat pos besout 03 aku jumpa jeman. jeman kata mana ada belakon lagi. nanti pukul 11 baru belakon jeman kata. pastu aku terus gi rumah Pi. kami terus pi kebun. dah pukul 1 setengah kami balik. pi ajak lagi pergi ladang dia.dia bagi duit kat aku sepuluh ringgit. upah.dia suruh datang malam ni nak belanja berger pulak. judin aku tak jumpa waktu aku balik. man ja ada kat pos. jeman kata kalau nak tengok shoting boleh la tengok. malas la aku pi tengok dengan baju seluar kotor. man kata tak seronok langsung. aku balik rumah . tak jadi pi basuh motor macam yang Pi suruh. aku pikir buat abis duit aku ja.aku balik . kutip pakaian kat bilik.aku basuh. pastu aku mandi. aku siap siap kluar datang kat pjk. samapai la sekarang aku kat pjk.....boring jugak ari ni. nak tidor tak best jugak .tu aku kluar ke pjk ni.setakat ni saja rasanya untuk hari ni. aku nak main fb pulak la.

Monday 9 January 2012

diari hari ini (9 januari 2012)

tak ada apa yang best hari ni.....
aku  pagi pagi tadi keluar nak tengok shoting drama kat sekolah besout 3...
tapi diorang kata hari ni tak jadi buat
12 haribulan baru buat kat sekolah tu
macam mana penonton sekelian bila tengok karya aku yang tajuk penghianatan cinta tu
sebenarnya yang tu lagu aku reka
aku buat dah lama juga dah
mungkin ada yang terkejut tengok karya aku tu tapi tu la hakikatnya
nak pastikan kesahihan nya boleh tanya tuan punya badan sendiri
tapi apa boleh buat....orang tu dah jadi isteri orang
aku tak mampu buat apa apa

ada lagi yang aku buat perjanjian dengan dia satu masa lalu
sampai masa ni dia masih tak ada anak
mungkin secara kebetulan atau memang betul
tapi aku memang ada perjanjian dengan dia
tapi biarlah ia menjadi rahsia aku dan dia macam dulu dulu
kami memang tak nak publisiti
biarla segala nya jadi rahsia
nanti aku nak rakan lagu ni dan aku nak siarkan kat blog ni
insyaalllah

Sunday 1 January 2012

pengkhianatan cinta (khas buat siti nurhaliza)

kemana hilang 
rindu yang mendalam 
mengapa pudar sebuah kasih 
cinta cuma satu kenangan
mengapa sanggup 
kau hianati sebuah percintaan
mengapa sanggup kau mungkiri 
pada janji-janji mu
kau pinta supaya 
aku yang setia 
tetapi hakikatnya 
kau yang tak setia
mengapa sanggup 
kau runtuhkan mercu cinta 
yang ingin kita bina bersama 
aku disini hanya mampu pasrah diatas ketentuan ini...
ku doakan kau bahagia

azian

kusemai kasih yang mengharum
ditaman cinta ini
kusiram dengan asmara cinta
azian........ kau istimewa
bertahta dihati
kugubah satu melodi indah
irama kasih buat insan tercinta
azian........ mawar merah terlalu indah
mawar berduri bukan mudah didekati
azian........ sudah terlambat
untuk kita merancang keindahan
bina mahligai
akhiri satu kisah
perkasihan oh azian......
azian......